Page FB Sabahan Dot My Cecah 10 Ribu Likes!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Sabahan


Syukur alhamdulillah,selepas dilancarkan pada 1 Januari 2016,
fan page Sabahan Dot My akhirnya mencecah 10 ribu likes dalam masa 1 bulan 24 hari.

Boleh dikatakan page ini tumbuh dengan cepat dan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha kami termasuk artis-artis tempatan Sabah,komuniti-komuniti serta para usahawan.

Kewujudan Sabahan Dot My ini diharapkan menjadi salah satu platform untuk Sabahan mempromosikan karya-karya mereka terutamanya.

Mungkin ada beberapa soalan yang bermain di fikiran para pengunjung web sabahan.my serta page fb Sabahan Dot My ini.Antaranya :

Siapa orang-orang di sebalik Sabahan Dot My?
– Orang-orang yang banyak membantu di sebalik Sabahan Dot My ialah krew-krew dari Khaiz Group kerana Sabahan Dot My merupakan salah satu projek platform yang dibangunkan di dalam Khaiz Group itu sendiri.Khaiz Group terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya Khaiz Production,Khaiz Photography,Khaiz Designer,Khaiz Web Design dan beberapa lagi bahagian.

Ceritakan serba sedikit mengenai Sabahan Dot My dari segi tujuan dibangunkan, peluang kepada komuniti (tanpa mengira bidang) dan faedahnya.
– Sabahan Dot My dibangunkan bertujuan untuk mempromosikan lagi bakat-bakat Sabahan,kelab-kelab komuniti,artis-artis Sabah,usahawan-usahawan terutamanya dalam perniagaan internet dan banyak lagi melalui platform online.Kami mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang perniagaan internet sejak tahun 2011 lagi.

Bagaimana tercetus idea untuk membangunkan halaman komuniti Sabahan Dot My.
– Idea Sabahan Dot My ini tercetus apabila saya sendiri melihat terutamanya komuniti serta artis-artis Sabah masih kekurangan platform bagi mempromosikan bakat-bakat mereka kepada umum.Tambahan pula,pada masa kini zaman sudah berubah dan kita tidak dapat nafikan bahawa internet merupakan salah satu medium terpenting dan pantas bagi mempromosikan sesuatu komuniti,bakat-bakat termasuk juga album-album artis. Oleh sebab itu,saya sangat berbesar hati untuk membangunkan Sabahan Dot My,kerana kami bukan sahaja membantu mengembangkan komuniti,bakat-bakat Sabahan,artis-artis Sabah dan usahawan-usahawan Sabahan,malah secara tidak langsung kamu menyatupadukan Sabahan melalui satu bumbung iaitu Sabahan Dot My.

Baiklah itulah sedikit sebanyak info yang saya boleh kongsikan kepada anda semua.
Saya akan update dari semasa ke semasa perkembangan Sabahan Dot My 🙂

Sabahan

Khairilizwan Jamros
Khairilizwan Jamros
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog. Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit