Itu Diriku (Part 1)

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Khairilizwan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan semua.Nama saya Khairilizwan Jamros atau juga dikenali sebagai epiz @ epeacetux (nak tahu kenapa nama saya begitu? tak tahu tu nama panggilan saya di rumah hehe..).

Saya dilahirkan dengan cukup sifat oleh ibu saya di Hospital Kudat pada 1 Febuari 1989 iaitu juga kampung halaman ibu saya.Jadi kiranya asal saya ni Kudat,Sabah lah kan? ­čśÇ Ibu saya berbangsa Rungus dan abah saya pula berbangsa Bajau (Kota Belud).

Mungkin disebabkan kedua-duaan perbezaan bahasa ini,saya┬ápening untuk┬ámemilih antara satu bahasa yang mana perlu dipelajari terlebih dahulu,dan sehingga saat ini…Saya masih terus pening untuk memilih hehe…Bagi saya kedua-dua bahasa ini mempunyai keunikkannya tersendiri..Saya umpama insan yang berada di tengah kedua-dua bangsa ini..Bahasa rungus jika dilihat bahasanya lebih kurang juga dengan bahasa Dusun (salah satu kaum yang terbesar di Sabah),jadi boleh dikatakan apa yang dicakapkan oleh orang dusun saya akan faham…Dan bahasa Bajau juga merupakan salah satu bahasa yang terbesar di Sabah…Sungguh unik Sabah!

Mungkin disebabkan saya membesar dan lahir di Kudat,saya lebih biasa berada di kampung ibu saya,tetapi selalunya jika raya pertama kami akan pulang ke kampung halaman kami di Siasai Jaya Kumpang,Kota Belud.

Ketika berumur 10 tahun,kami sekeluarga berhijrah ke Sook,Keningau untuk mencari rezeki dan kami mula menetap di Sook,Keningau sebelum saya berpindah ke Kota Kinabalu pada tahun 2002 (tingkatan 1) dan bersekolah di SMK Bandaraya dan menghabiskan perjuangan terakhir sebagai pelajar sekolah menengah di S.M.Teknik Likas (2005 – 2006).

Kita┬ásambung sesi memperkenalkan diri ini pada masa akan datang…hihihi…

 

Khairilizwan

Khairilizwan Jamros
Khairilizwan Jamros
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog. Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit