Apa Itu Affiliate?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Affiliate

Apa Itu Affiliate
affiliate
Soalan ini sering kali ditanya oleh mereka yang berminat dengan bisnes online kepada saya..

  • Apa itu affiliate?
  • Bagaimana cara buat duit melalui affiliate?
  • Bagaimana mempromosikan affiliate?
  • Benarkah Affiliate adalah salah satu bisnes tanpa modal?
  • Dan macam-macam lagi soalan..

Mereka yang bertanya ini pula tergolong dari golongan pelajar,pekerja makan gaji,mereka yang belum mendapat kerja malahan terdapat juga usahawan yang bertanya mengenai affiliate ini..

duitaffiliate

Mungkin saya tidaklah sehebat usahawan-usahawan internet yang lain di luar sana,namun apa yang saya ingin tekankan di sini,Affiliate ini merupakan salah satu bisnes yang jika kita SERIUS untuk melakukan ia,ianya mampu menjana pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit.

Baiklah di dalam post saya kali ini,saya hanya akan menyentuh Apa Itu Affiliate? Dan insyallah dari semasa ke semasa,saya akan berikan lagi anda post-post berkaitan Affiliate termasuk cara menjana pendapatan melalui Affiliate.

Slide03

Secara ringkasnya,Affiliate bermaksud anda membantu menjual produk orang lain melalui LINK KHAS yang diberikan kepada anda dan apabila terdapat pelanggan membeli produk tersebut melalui link anda,anda akan mendapat komisyen dari pemilik produk tersebut.

Ini bermaksud,anda menjadi salah seorang daripada agen untuk produk sesuatu tersebut,melalui LINK KHAS yang diberikan kepada anda.

 

Benarkah Affiliate Adalah Bisnes Tanpa Modal?
Ya! Affiliate adalah merupakan Bisnes Tanpa Modal! Anda boleh melakukan Affiliate ini tanpa perlu membayar sebarang yuran pendaftaran kepada owner produk tersebut!

Kebiasaannya syarikat ataupun owner produk mahupun perkhidmatan akan membuka pendaftaran ini secara PERCUMA sahaja! Anda boleh melakukan bisnes affiliate ini walaupun anda kerja dari rumah sahaja!

 

Slide04

Kebiasaannya produk yang dijual adalah :

  • Produk Digital (contohnya : ebook,video tutorial,perisian)
  • Produk Fizikal (contohnya : Al-Quran digital,minyak wangi,patung,DVD dll)
  • Perkhidmatan (contohnya : perkhidmatan membina laman web,servis surat jualan dll)

Slide07

Mungkin anda tertanya-tanya,berapa peratus keuntungan yang diberikan jika kita mempromosikan produk melalui affiliate ini..

Slide08

Semua ini bergantung kepada pemilik produk tersebut,kebiasaannya untuk produk fizikal,ada yang meletakkan peratus keuntungan sebanyak 10 – 30%,berbeza dengan produk digital,kebiasaannya peratus keuntungan adalah lebih tinggi sedikit iaitu 40 – 50% keuntungan setiap jualan yang dilakukan.

Slide09

Slide10

Kebiasaannya,pembayaran komisyen Affiliate akan dibankin terus ke akaun bank anda,sebaiknya anda mempunyai akan bank CIMB ataupun Maybank.Untuk affiliate luar negara pula,dicadangkan anda membuka akaun PayPal bagi membolehkan komisyen anda dibayar.

Slide11

Ini adalah contoh komisyen yang saya dapat ketika mempromosikan salah satu produk digital suatu ketika dahulu.

Contoh LINK AFFILIATE sesuatu produk yang diberikan kepada anda.Anda boleh lihat di hujung affiliate terdapat id “get“,id tersebut merupakan id yang saya letakkan sebagai link affiliate promosi saya.
Slide28

Selain daripada LINK Affiliate,terdapat juga owner produk yang menyediakan banner promosi berserta link affiliate anda bagi memudahkan anda mempromosikan link affiliate anda melalui banner tersebut.

Slide30

 

 

Slide23

Mungkin anda telah sedikit faham mengenai apa itu affiliate.Berikut adalah secara ringkas bagaimana anda boleh menjadi seorang Affiliater.

Slide24

 

Baiklah sampai sini sahaja penerangan ringkas saya mengenai asas apa itu Affiliate,insyallah pada masa akan datang,saya akan cuba terangkan serta memberi tips berkaitan Affiliate kepada anda.

Jika anda benar-benar ingin menjadi seorang Affiliate yang berjaya,anda harus fokus dan saya cadangkan juga kepada anda untuk mempelajari cara untuk membuat pemasaran email.Ianya akan membantu anda untuk mempromosikan LINK Affiliate anda.

Semoga jumpa lagi pada artikel yang akan datang! 🙂

Affiliate

Khairilizwan Jamros
Khairilizwan Jamros
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog. Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit