ANAK TUKANG LEKTRIK.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Waktu kecil dulu, saya membesar dengan wayar-wayar elektrik.. Warna merah, warna hitam, warna hijau.

Kehidupan anak tukang elektrik ni ada ceritanya sendiri. Paling menggerunkan apabila waktu kecil, kena rotan guna wayar elektrik ??. Waktu kecil dulu juga, saya sudah ikut ke sana sini apabila abah wiring rumah orang, walaupun tugas cuma tukang bagi pemotong wayar, test pen, wayar.
.
Pernah dulu, rasanya umur 9 tahun tunjuk pandai ganti lampu, tersentuh tempat yang ada karan, rasa kebas (ingatkan dulu anak tukang elektrik tak pandai kena karan ?). Paling best dulu sampai sekarang, apabila nampak toolbox abah.. Macam jumpa poket doraemon.

Jika ditanya dari mana bakat minat dalam ilmu kemahiran, ya sejak kecil lagi. Cuma saya bukan cenderung ke bahagian elektrik, walaupun bekas pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik.. Tapi fokus minat kepada teknologi terutamanya komputer.

Pada fasa jendela pertama (umur 0-12) adalah penting untuk membentuk anak, anak tiru diri kita. Kita idola mereka.

Khairilizwan Jamros
Penulis yang lupa menulis.
21/2/2020 00:35

#khaiz #khaizempire #khairilizwanjamros #khairilizwan #cekapkomputer #sabahandotmy #zaahtech #samakota

Khairilizwan Jamros
Khairilizwan Jamros
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog. Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit