Allah sangat sayang kepada kita, Cuma kita yang sentiasa lupa

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Jalan kehidupan begitu misteri,
apabila kita berada di satu titik kehidupan,
kita merasa inilah kehidupan yang sebenar,
rupanya Allah cuma meminjamkan kita kehidupan tersebut
supaya kita terus berfikir dan terus berfikir hikmah-hikmahnya.

Jika kita tidak menjumpai putih, mungkin kita menjumpai hitam,
jika kita tidak menjumpai malam, mungkin kita akan menjumpai siang.
Hanya Allah mengetahui di sebalik apa yang Dia berikan kepada kita,
Dia mungkin tidak memberikan kita jawapan secara nyata,
tetapi dia memberikan kita jawapan secara rasa,
Rasa yang sukar untuk kita mengerti dan penuh dengan teka teki.

Cara Allah tunjukkan rasa kasih dan sayang itu berbeza untuk setiap insan,
pelbagai cara dan juga perasaan yang kita tidak lupa.
Cara Allah tunjukkan rasa kasih dan sayang kepada kita itu sesuatu yang dapat kita rasa,
biarpun awalnya kita rasa sukar dan tidak dapat diterima oleh jiwa.
Allah sayang kita, sangat sayang kepada kita.
Di dunia kita cuma seperti pen yang menulis di sehelai kertas kosong.
Habis masa kita akan berhenti menulis dan berhenti membaca.

Ada masa kita terlupa dan terleka,
kita berjalan di dunia langkah demi langkah,
tetapi kita lupa satu masa nanti kita akan berhenti melangkah,
kita akan sampai masa kita.

Allah sangat sayang kepada kita,
cuma kadangkala kita yang sentiasa lupa,
lupa apa janji kita, lupa jalan pulang kita.

Allah sangat sayang kepada kita,
cuma kadangkala kita yang hilang,
hilang tenggelam di dalam diri kita,
hilang dan terperangkap dalam kegelapan.

Rasailah kasih dan sayangnya Allah kepada kita,
biar kita tersedar dan menjumpai jalan pulang,
pulang yang tidak tidak sia-sia.
Jalan menuju kepadaNya.

Khairilizwan Jamros
Penulis yang lupa menulis.

16 Feb 2020
22:21

Khairilizwan Jamros
Khairilizwan Jamros
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog. Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit