Adakah Anda Seorang Yang GAGAL?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Gagal

Gagal

 

Adakah anda seorang yang gagal? Ya! Anda seorang yang gagal…Malah sejak kecil lagi anda merupakan seorang yang GAGAL! Mungkin bukan sekali anda GAGAL tetapi beratus kali dan mungkin beribu kali!

gagal-in

Adakah KEGAGALAN telah membuat anda bersedih? Kurang keyakinan diri? Trauma untuk meneruskan impian anda untuk berjaya?

Ya! Anda gagal sejak anda kecil lagi! Sejak anda baru mula mengenali dunia ini lagi…

baby-surprise

Sewaktu anda masih kecil…dan baru belajar untuk berjalan….Selangkah demi selangkah… Anda pada mulanya GAGAL untuk berjalan…GAGAL untuk belajar berjalan…GAGAL untuk berlari..

TETAPI….

Apa yang membezakan anda di waktu SEKARANG dengan ketika anda masih KECIL…

ANDA TETAP BERUSAHA UNTUK BANGUN…DAN TERUS BERUSAHA…DAN TERUS BERUSAHA…

Kerana, KEGAGALAN itu adalah SEBAHAGIAN daripada jalan cerita bagi mereka yang akan BERJAYA.

KEGAGALAN adalah KEJAYAAN YANG TERTUNDA!

Anda boleh bertanya kepada mereka-mereka yang telah berjaya,adakah mereka terus berjaya tanpa mengharungi sebarang bentuk kegagalan? Saya pasti jawapannya TIDAK… Malah mungkin mereka sebelum ini telah menemui kegagalan hampir beribu kali malahan ada yang melibatkan harta ribuan ringgit!

Setiap KEGAGALAN yang diberikan kepada kita,tentu sekali Allah SWT  akan berikan suatu KEJAYAAN bagi mereka-mereka yang SABAR.Mungkin bukan hari ini,mungkin bukan esok,mungkin juga bukan minggu depan….Semuanya Allah telah tentukan.

Apa yang paling penting,kita hendaklah berusaha untuk bangun dari setiap kegagalan hidup yang kita hadapi….Hanya kita yang boleh bangkit dari KEGAGALAN,hanya kita…

Seseorang telah membuatkan kita GAGAL dalam hidup?
Lupakan dan maafkanlah dia…Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah,dan beruntunglah mereka yang memahami setiap hikmah kehidupan yang Allah berikan kepada kita.Percayalah,memaafkan seseorang itu akan membuatkan kita lebih lega 🙂

Jadi adakah berbaloi bagi kita untuk tunduk dan takut dengan KEGAGALAN? Fikirkan kembali…

* Pssttt…Saya sedang menulis setiap kegagalan hidup saya yang mungkin saya akan ceritakan apabila saya BERJAYA kelak.. 🙂

Gagal

Khairilizwan Jamros
Khairilizwan Jamros
Nama sebenar penulis ialah Khairil Izwan bin Jamros @ Khairilizwan. Penulis dilahirkan pada 1/2/1989 di Kudat,Sabah dan kini menetap di Kota Kinabalu,Sabah. Penulis mula aktif dalam dunia internet sejak tahun 2006 lagi dan mula menulis blog pertamanya pada tahun 2008 lagi iaitu blog cekapkomputer.com. Pada tahun yang sama,penulis juga mula menceburkan diri dalam perniagaan internet melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan pada blog. Sekitar tahun 2011,penulis terus mengembangkan lagi perniagaan internet yang dimilikinya melalui penerbitan ebook,affiliate,dropship, perkhidmatan membina laman web,minisite,kedai online, dan banyak lagi. Kini penulis bergerak lebih aktif lagi bersama pasukan khasnya yang dikenali sebagai "Khaiz Group". Dan salah satu platform keluaran Khaiz Group ialah "Sabahan Dot My".

Leave a Replay

Sign up for our Newsletter

Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit